Latihan jer
Majlis 2 dalam 1
Pada 13hb Januari 2014..
Majlis perpisahan dan mengalukan kedatangan guru dan staff baru telah di adakan di Iftitah Cafe Tjg Manis..
Guru Berpindah : Pn Rosslin bt Bahari
Guru Masuk : Pn Aspalela bt Jajul
Pn Dorina
Cik Agnetha
Staff Masuk : En Micheal Juing
Semoga dengan bertambah guru dan staff baru akan lebih memantapkan lagi pengurusan dan pengajaran.
HARI PERTAMA SEKOLAH
Sekolah terima berita yang mengenbirakan di mana kekosongan guru akan di isi segera kerana guru baru akan mula melapor diri di sekolah pada 6/7 Januari 2013.
Sekolah Bayang mempunyai 2 orang guru baru untuk sesi 2014 ini iaitu
Cikgu Aspalela (berpindah dari SK Kuala Matu) dan Cikgu Agnetha (guru fresh dari IPG berasal dari Miri).
Di harap dengan terisinya kekosongan ini akan menjadikan organisasi SK Bayang akan lebih mantap.
Hari pertama sekolah juga merupakan hari yang tidak bernasib baik buat penulis kerana terlibat kemalangan pada pagi Tahun Baru (1.1.2014).Terpaksa berehat di rumah selama 2 Hari.
Mulakan Yang Baru..
Perubahan demi perubahan sejak berada di sekolah ini dari Tahun 2011...Sekarang pentadbiran baru...cara kerja pun berubah..kawasan dan suasana kerja pun berubah...
Minggu Bertugas Di Sekolah
Minggu nie tiba giliran penulis pula untuk bertugas di sekolah...menarik juga bertugas masa cuti nie walaupun kerja tak de..maklumlah baru minggu kedua cuti tak lh terasa sangat bertugas di sekolah.Apa-apa pun memang syok juga jaga sekolah time cuti-cuti cam nie..Banyak juga aktiviti yang di buat bersama staff yang masih bertugas.
Mengenai SK Bayang
SK Bayang yang dulunya di kenali sebagai SK Sungai Sebayang yang telah di bina sejak Tahun 1963. Sebelum itu menjadi SRK Sebayang dan Sekarang SK Bayang telah mengalami banyak perubahan bukan sekadar perubahan infrastruktur malah perubahan dari segi pentadbiran dan iklim sekolah.
SK Bayang terletak di tepi Sungai Belawai kira-kira 70KM dari bandar terdekat iaitu Sarikei. Pada tahun 2011 di mana saya(penulis blog) telah berkhidmat di Sekolah ini sebagai Penolong Kanan HEM telah membina blog ini untuk tatapan umum mengenai Sekolah kami. Walaupun serba kekurangan dari segi Bekalan Elektrik, Bekalan Air dan ketiadaan pengangkutan awam yang di iktiraf oleh kerajaan, Sekolah ini telah menerima P2 sebagai pengukur kesukaran.
Guru-guru seramai 13 orang termasuk Guru Besar dan 7 orang AKS telah menghuni SK Bayang sejak saya berkhidmat di sini. Keadaan rumah guru yang tidak mencukupi iaitu sebanyak 8 unit sahaja. Guru-guru dan AKS terpaksa berkongsi rumah yang agak terhad. Hampir semua guru dan AKS terpaksa berjauhan dengan keluarga akibat ketiadaan rumah yang mencukupi.
Unit 1 ( Rumah A1/Semi D ) : 3 Bilik - 4 Orang Guru Lelaki
Unit 2 ( Rumah A2/Semi D ) : Rumah Guru Besar dan Keluarga
Unit 3 ( Rumah B1/Semi D ) : 3 Bilik - 2 Orang Guru Perempuan dan PPM Asrama ( Perempuan )
Unit 4 ( Rumah B2/Semi D ) : 3 Bilik - 3 Orang Guru Perempuan dan Tukang Masak (Perempuan )
Unit 5 ( Rumah Sebiro ) : 3 Bilik - 2 Orang Guru dan Seorang Penyelia Asrama ( Lelaki )
Unit 6 ( Rumah Sebiro ) : 3 Bilik - Seorang Guru + Seorang Kerani + Seorang PPM Asrama + Seorang PPM Pra Sekolah (Perempuan)
Unit 7 ( Berek Kecil Luar Kawasan Sekolah ) - Keluarga Tukang Masak
Unit 8 ( Berek Kecil Luar Kawasan Sekolah ) - Keluarga PAP
Setiap hujung minggu semua guru dan AKS akan balik ke destinasi masing-masing. Pelajar seramai 51-60 orang bagi setiap tahun dan kesemua pelajar di daftar sebagai pelajar Asrama.
Perjalanan pergi dan balik mengambil masa yang lama bagi guru yang hendak balik ke Kuching dan destinasi lain. Dalam perjalanan tersebut dari sekolah kami terpaksa catar perahu orang Iban. Sekali perjalanan menggunakan perahu engine 15hp selama 45minit dengan tambang RM150.Kami seramai 5-6 orang akan berkongsi untuk membayar tambang tersebut jadi kuranglah sikit bebanan. Selepas menggunakan perahu yang melalui sungai yang sering ternampak kelibat buaya , kami terpaksa menunggu van sapu untuk pergi ke pelabuhan Tanjung MAnis untuk menunggu pengangkutan lain lagi. Seorang kena tambang RM5 dengan 25minit perjalanan. Selepas tiba di Port Tanjng MAnis, kami menaiki Bot laju untuk ke Bandar Sarikei yang mengambil masa 35 minit dengan tambang RM10 seorang.Sekiranya terlepas bot terpaksalah menunggu 2 jam lagi untuk ke Bandar Sarikei.

Langgan:
Catatan (Atom)