Coretan Hujung Minggu

Bermula minggu hadapan..semua guru akan bersedia untuk berkursus. Jadual telah di edarkan. Selamat berkursus kepada guru yang kena berkursus pada hari Sabtu dan Ahad. Itu semua adalah tanggungjawab guru.

Sekarang ini banyak perkhidmatan jalur lebar di sediakan. Tinggal nak memilih sahaja lagi. Saya telah memilih Broadband Maxis 20GB free modem dan cordless telefon. Percuma 200 minit masa berbual untuk semua rangkaian. Tapi perlu di ingat penggunaan terhad ikut "on peak" dan "off peak". Maknanya dari 8 pagi hingga 2 pagi Maxis hanya bagi quota 5GB sebulan dan 15GB lagi untuk 2 pagi hingga 8 pagi. Bagi aku tiada masalah kerana selalu bangun pagi awal. Melatih kita sembahyang Subuh terus. Lepas tue terus je online. Dari pukul 6 - 8 pagi dah ada masa untuk "download" banyak fail..tak sempat siap boleh sambung lagi. Surfing pula tak payah cerita lah.. Kalau download dah speed laju, surf internet lagi lah laju. Klik je dh terus bertukar page. Loading pun sekejap aje.

Yang menjadi kelebihannya Maxis ini, kelajuan "download" nya boleh mencapai 700kb/s. Laju tue. Tapi ikut peer juga le. Kalau peer banyak makin laju le download. Setakat nie aku "download" fail sebesar 1.12GB ambik masa 25minit sahaja. Fail bawah 300 MB, 7 minit je dah siap. Aku guna u-torrent untuk "download", tak pernah pula cuba client yang lain untuk menorrent. Nie aku sertakan screen shoot. Kepada guru-guru yang ada line internet tue, gunalah semaksimanya. Downloadlah perisian-perisian yang menarik di website yang menyediakan perkhidmatan P2P.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan